INI LAH DI MAKSUDKAN BONGGOL UNTA DALAM HADIS YANG SEDANG MELANDA KAUM MUSLIMAH, BERHATI-HATI LAH !
Wanita Telanjang dan Fesyen Tudung Bonggol Unta
Berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
Terjemahan: Ada dua kelompok manusia penghuni neraka yg belum pernah aku lihat, iaitu:
1 - Kaum lelaki yg membawa penyebat/pemukul seperti ekor lembu (alat melibas orang), mereka memukul manusia dengannya, dan
2 - Kaum wanita yg berpakaian tetapi telanjang, selalu melakukan kemaksiatan dan mengajarkan maksiat tersebut kepada orang lain, kepala-kepala mereka seperti bonggol unta yang senget (merujuk kepada sanggul/ikatan gumpalan rambut – Imam an-Nawawi dalam Syarah Shohih Muslim), mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium keharuman syurga, padahal keharuman syurga itu boleh dihidu dari jarak sekian dan sekian. (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Kitab: al-Libas wa az-Ziinah (Pakaian dan Perhiasan), 11/59, no. 3971. 14/10, no. 5098)
_yang baik dijadikan pedoman,yang tidak baik dijadikan sempadan_
0 comments:
Post a Comment